Penghantaran dan Pemulangan
Dikemas kini 14 Oktober 2026
Indahnya ialah perkhidmatan digital yang disampaikan secara online. Tak ada barang fizikal yang dihantar ke alamat korang, jadi tak ada kos penghantaran, kurier atau tarikh sampai. Halaman ni terangkan apa yang korang dapat dan bila akses diberi selepas bayar.
Dikendalikan oleh: FF DEV STUDIO (202603234793), No 15982 B, Kampung Selamat, Sungai Tong, 21500 Setiu, Terengganu, Malaysia
Apa yang korang dapat
- Akses kepada perkhidmatan dalam akaun korang di indahnya.my: galeri, link dan QR majlis, slideshow, e-kad jemputan, RSVP dan dashboard. Semuanya dalam browser, tak perlu install app.
- Kami tak print atau pos apa-apa. QR yang korang dapat siap print, dan korang print sendiri.
Bila akses diberi
- Pakej Percuma: aktif sebaik majlis dibuat. Tiada bayaran.
- Pakej berbayar, naik taraf dan lanjutan: aktif automatik sebaik CHIP sahkan bayaran. Korang dibawa balik ke dashboard dan nampak pakej dah aktif. Tak perlu tunggu kelulusan kami.
- Kadang-kadang bank ambil masa untuk sahkan bayaran (contohnya FPX). Bila tu berlaku, pakej aktif sendiri dalam beberapa minit.
- CHIP hantar resit ke email korang.
Tempoh akses
Tempoh upload dan simpanan ikut pakej (lihat halaman Harga dan Terma Perkhidmatan). Kiraan bermula dari tarikh majlis atau tarikh bayar, yang mana lebih lewat.
Kalau pakej tak aktif selepas bayar
Kalau duit dah ditolak tapi pakej masih tak aktif selepas beberapa minit, Email hello@ffdev.studio atau WhatsApp +60 13 907 8719. Hantar resit CHIP dan link majlis. Kami semak dengan CHIP dan aktifkan pakej korang, atau bayar balik kalau ia tak boleh diaktifkan (lihat Bayaran Balik dan Pembatalan).
Kos penghantaran
Tiada. Harga yang korang nampak, dalam Ringgit Malaysia, ialah yang korang bayar.
Pemulangan
Sebab perkhidmatan ni digital dan tak ada barang fizikal, tak ada barang untuk dipulangkan atau dipos balik. Kalau ada masalah dengan bayaran atau perkhidmatan, lihat Bayaran Balik dan Pembatalan.
Apa yang korang perlukan
Sambungan internet dan browser biasa di phone atau komputer. Tetamu tak perlu app atau akaun.
Hubungi kami
Email hello@ffdev.studio atau WhatsApp +60 13 907 8719. Jika ada percanggahan antara versi BM dan English, versi BM terpakai.